Sensasi Terkini Viral

Shila Amzah Lancar Lagu Baru, `HidayahMU’ Sempena Ramadan

Penyanyi Shila Amzah mengeluarkan video lagu barunya berjudul HidayahMU di Instagram miliknya pagi ini. Dia meletakkan hashtag `coming soon‘.

Katanya, lagu dan lirik dihasilkan olehnya dan berharap semua orang menyukai lagu tersebut.

Rata-rata peminatnya meninggalkan komen positif terhadap lagu barunya itu, ramai yang memuji lirik yang berjaya menyentuh perasaan serta menginsafkan.

Bagaimanapun setakat ini, video penuh lagu itu belum lagi dimuatnaik di Youtube penyanyi itu. –KLICK.MY