Hiburan

Shiha Zikir Dituduh Pakai Barang Tiruan, Rakan Pula Liat Bayar Hutang

MASIH ramai yang mengambil mudah mengenai hutang. Dalam Islam, hutang wajib dibayar!

Orang yang liat nak bayar hutang, biasanya akan memberikan pelbagai alasan dan mengelak daripada terserempak dengan pemiutang.

Perkara ini bukan sahaja dialami oleh orang biasa tetapi juga artis. Kelmarin, penyanyi Shiha Zikir memuat naik amaran kepada individu yang berhutang dengannya di Instagram.

Menurut Shiha, dia sudah lama bersabar. Namun, kesabaran ada juga batasnya. Biasanya orang yang berhutang akan cuba mengelak daripada bertemu tetapi dalam kes Shiha ini agak berlainan.

Tambah Shiha lagi, individu tersebut seolah-olah tidak rasa malu dan bersalah kepadanya kerana mereka sering bertemu.

“Saya rasa sudah lama saya bertahan. Tapi hari ini setelah berbincang dengan team, saya harap post ini dapat bagi sikit pengajaran buat kalian yang saya maksudkan setelah banyak bersabar sejak semalam.

“Buat orang yang menjadi salah seorang kenalan yang saya percaya, terima kasih banyak sebab buat Shiha macam ini. Terima kasih sebab menipu.

“Terima kasih sebab bawa lari duit saya dan hilang tanpa berita. Shiha tak cukup baik ke selama ini? Lepas Shiha bagi pinjam duit, lepas itu kita selalu jumpa, tak rasa bersalah ke dengan Shiha?

“Waktu nak berhutang bagi alasan macam-macam. Bila dia sentuh soal anak bini, Shiha pun tolonglah ringankan beban dia. Sudah tolong, liat pula nak bayar.

“Sudah liat nak bayar, menipu pula. Sudah menipu, bawa lari duit hasil titik peluh orang pula. Oleh sebab banyak sangat masa sudah Shiha bagi, sekarang Shiha bagi setakat minggu ini sahaja untuk selesaikan segala hutang dan duit yang awak bawa lari itu,” tulisnya.

Shila juga memberi amaran sekiranya dalam masa seminggu, individu tersebut masih tidak melunaskan hutang, dia akan membuat laporan polis.

Malah, Shiha juga tidak teragak-agak untuk menyebarkan wajah individu berkenaan di media sosial.

Selain kes hutang, dalam posting yang sama juga Shiha meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah akaun Instagram yang sebelum ini terkenal mendedahkan penggunaan barang jenama mewah tiruan di kalangan artis dan Instafamous.

Instagram tersebut menuduh Shiha memakai beg berjenama tiruan. Merasakan dirinya difitnah sedangkan dia bertungkus-lumus untuk membeli yang original, Shiha bertindak menghantar ‘direct message’ kepada pemilik akaun tersebut.

Setelah menjelaskan segalanya, barulah pihak akaun tersebut meminta maaf terhadap kesilapan mereka menilai beg jenama itu dengan tepat. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.