Hiburan Sensasi Terkini

Sherry Ibrahim Bengang, Perunding Perkahwinan Dakwa IG Digodam

KELMARIN berakhirnya majlis persandingan gilang gemilang yang terakhir buat pasangan selebriti, #Fattzura yang dianjurkan khas buat peminat mereka.

Namun siapa sangka, ada pula berita melibatkan selebriti lain yang terkait dengan majlis ini.

Pelakon, Sherry Ibrahim dikatakan bengang dengan perunding perkahwinan Rekateemor yang mengaitkan dirinya dengan persandingan pasangan itu di media sosial.

Umum mengetahui Sherry merupakan salah seorang bekas kekasih Fattah Amin namun semuanya sudah berakhir dengan baik dan Sherry tiada kena mengena lagi dengan aktor itu.

Berikut kenyataan Sherry yang dikongsikan di Instagram:

Memang jelas kelihatan  tidak profesional apabila perunding perkahwinan menulis komen sebegitu tanpa motif yang kukuh.

Tidak menunggu lama, Rekateemor memberi kenyataan balas menjelaskan kekeliruan tersebut. Mereka mendakwa Instagram perniagaan mereka telah digodam seseorang yang meninggalkan komen  tidak sepatutnya.

Menurut perunding perkahwinan tersohor itu, ada pihak yang cuba merosakkan imej mereka dalam dunia siber dengan berbuat demikian.

Persoalannya siapakah dalang di sebalik persengketaan ini? Tak baik melaga-lagakan orang. Ingat,  perbuatan buli siber boleh didakwa mengikut peruntukan undang-undang. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.