Hiburan Sensasi Terkini

Sherry Al Hadad Kongsi Gambar Lama

Pengacara dan pelakon popular, Sherry Al Hadad memang suka menggeletek peminat dengan aksi-aksi bersahaja dan lawaknya.

Terbaharu, dia diambil menjadi pengacara Muzik Muzik menggantikan Amyra Rosli yang menarik diri akibat masalah kesihatan.

Dalam masa yang sama juga dia mengacara sebuah rancangan berjudul Perang Bibir. Sejak akhir-akhir ini rezeki mengacara tidak putus-putus.

Namun bukan tentang kerjayanya yang mahu diceritakan kali ini tetapi kesudiannya berkongsi gambar-gambar lama atau throwback ketika zaman remaja di laman Instagram.

Gambar-gambar yang dikirimkan oleh dua teman baiknya menarik perhatian followers. Dengan fesyen rambut belah tengah dan baju kartun Popeye, Sherry memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen yang menggelikan hati.

Sememangnya Sherry comel sejak dulu lagi. Mesti masa di sekolah suka hiburkan rakan-rakan dengan aksi yang melucukan.

Jadi, tidak hairanlah hingga ke hari ini, pelakon Misteri Wan Peah ini masih lagi suka menghiburkan orang ramai dengan aksinya yang comel dan kelakar.-KLICK.MY