Terkini

Sharnaaz Ahmad Tak Sabar Hubungan Dihalalkan

Tak sabar nampaknya Sharnaaz Ahmad mahu menamatkan zaman bujangnya bersama kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor.

Sejak dua menjak ini, Sharnaaz sering memuat naik gambar mereka di Instagram.

Malah salah satu gambarnya menarik perhatian netizen dengan kapsyen berbunyi ‘I love her and thats all matters to me.. cant wait to be halal..’ Amboi, dah tak sabar sangat ke!

Ada peminat yang menasihati mereka agar mendekatkan diri dengan Allah agar dapat mengharungi cabaran dan dugaan sebelum diijabkabulkan.

Pada Januari lalu, Sharnaaz telah mengadakan sidang media mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.

Mereka memilih 31 Mac depan sebagai tarikh perkahwinan.

Wah, dah tak lama lagi tu! Patutlah dia teruja. Jangan lupa jemput kami di sini yek!