Hiburan Sensasi Terkini Viral

Sharifah Sakinah Selamat Lahir Bayi Perempuan, Anais Adha

Pelakon Sharifah Sakinah selamat melahirkan anak sulung menerusi pembedahan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Pelakon itu menyambut kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Anais Adha itu lewat dua minggu dari tarikh jangkaan bersalin.

Kelahiran anak pertama Sakinah, 27, itu dimaklumkan kakaknya, pelakon dan pengacara Sharifah Shahira, menerusi Instagramnya sebentar tadi.

“(Bayi) dilahirkan sekitar 9 pagi tadi, 3.1 kilogram, bayi perempuan rasanya nama Anais Adha.

“Dilahirkan menerusi kaedah pembedahan, dia tiada rasa sakit kerana sudah ‘overdue’ lebih dua minggu. Jenuh menunggu masa untuk bersalin.

“Alhamdulillah, mak dan ayah dapat cucu ke-17. Mak ayah Aliff pula menyambut cucu yang pertama,” kongsi Shahira.

Bagaimanapun, posting itu dipadamkan tidak lama kemudian.

Kakaknya, Sharifah Haslinda turut memuat naik gambar anak saudaranya itu di Instagram dengan kapsyen, “Alhamdulillah cukup semua jari Anais Adha”

Sakinah dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Mac 2015. –KLICK.MY

Sumber: BH Online