Gaya Hidup Selebriti Terkini

Shahrol Shiro Akui Seronok Berhijrah Ke Kampung Halaman

KEBANYAKAN artis terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur kerana kota besar ini merupakan ‘nadi’ pelbagai kerjaya.

Namun, berbeza dengan pelawak dan penyampai radio, Shahrol Shiro yang kembali ke kampung halaman untuk mencari rezeki.

Sungguhpun Kuala Lumpur ‘nadi’ segala kerjaya, namun rezeki ada di mana-mana.

Shahrol berhijrah ke kampung halamannya di Johor bahru demi kerjayanya sebagai penyampia radio di Best FM.

Lapor Berita Harian Online, Shahrol sebagai berkata pada mulanya dia agak gentar dengan keputusan tersebut.

“Saya mengaku sebelum berpindah, saya risau dengan rezeki yang sempit. Tapi, selepas lebih empat bulan bertugas di Best FM, sejak Disember lalu, saya rasa seronok,” katanya.

Menceritakan bagaimana hatinya tertambat menerima tawaran kerja di Johor, Shahrol berkata, dia didatangi pengurusan Best FM sebanyak tiga kali ketika bertugas di stesen radio lain.

“Pada pertemuan kali ketiga barulah saya membuat keputusan menerima tawaran mereka. Ini kerana Best FM bukan lagi stesen radio terpencil, ia sudah berkembang di selatan Semenanjung Malaysia.

“Apatah lagi stesen itu sekarang bekerjasama dengan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), jadi saya fikir ia suatu peluang yang baik,” katanya yang pernah bertugas di stesen radio Era FM dan Suria FM.

Ketika ini, Shahrol yang turut mengalihkan operasi syarikat produksinya, Bushido ke Johor, mengendalikan segmen Squad Pagi Best di Best FM.

Semoga penghijrahan yang dilakukannya mendatang rezeki yang melimpah-ruah. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.