Hiburan Sensasi Terkini

Shahir Akui Serius Berkawan dengan Erra Fazira

Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya penyanyi dan juga bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi mengakui serius berkawan dengan Erra Fazira.

Dakwa Shahir ketika berada di konsert akhir Gema Gegar Vaganza (GGV), dia serius dan bersedia ke peringkat seterusnya.

“Bila tiba masa yang sesuai dan semuanya sudah pasti, saya tidak akan keberatan untuk berkongsi.

“Saya faham situasi Erra yang selalu tampil ke hadapan menjawab persoalan orang ramai mengenai hubungan kami,” katanya.

Sementara itu dia juga memohon agar peminat mendoakan hubungan mereka. Sekiranya sampai jodoh, dia akan sampaikan kepada semua orang.

Kehadirannya pada majlis berkenaan, membuatkan dirinya menjadi tumpuan pihak media. Maklumlah, pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini sudah tiga tahun tidak muncul dalam mana-mana majlis hiburan.

Menurut Shahir, kehilangannya selama tiga tahun bukanlah kerana merajuk tetapi kerana sibuk menguruskan perniagaan di kampung halaman.

Namun kini, kata Shahir dia sudah bersedia untuk kembali ke persada seni tanah air. Buat peminat Shahir, penyanyi kesayangan anda ini akan muncul dengan lagu baharu tidak lama lagi. –KLICK.MY

Foto: Sinar Harian / Instagram