Hiburan

Setelah Tiga Tahun Menunggu, Anzalna Nasir Kini Hamil Empat Bulan

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Anzalna menerusi Instagramnya memuat naik video mengumumkan dia kini hamil empat bulan.

Berita gembira itu disambut penuh syukur dan gembira oleh ahli keluarganya yang lain.

Tiga tahun menunggu pastinya berita tersebut menjadi anugerah terindah dalam hidup Anzalna dan suami.

“Saat yang paling saya nantikan. Allah tahu apa yang terbaik untuk kami dan bila masa yang sesuai untuk kami dikurniakan rezeki ini.

“Pada hari istimewa hari jadi saya, saya berkongsi kepada anda bahawa saya dan suami bakal menimang cahaya mata pertama,” tulisnya.

Selain itu juga, Anzalna mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar dia dan suami memiliki zuriat.

“Terima kasih kepada semua yang selama ni mendoakan Anzalna dan suami untuk menerima zuriat. Benar, jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal,” katanya.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan berita tersebut. –KLICK.MY