Sensasi Terkini Viral

Setelah Ditangkap Khalwat, Baru Tahu Teman Wanitanya Lelaki

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, seorang pemuda ditimpa musibah berturut-turut apabila ditangkap khalwat bersama pasangannya.

Malah, lebih mengejutkan rupa-rupanya teman wanita yang dikenali sejak lapan bulan lalu adalah lelaki yang berperwatakan perempuan atau bahasa mudahnya pondan atau maknyah.

Kejadian tersebut berlaku di negara jiran, Indonesia apabila seorang pemuda bernama Rizki telah didapati berkhalwat bersama teman wanitanya bernama Lauren.

Menurut Rizki, Lauren tidak bekerja dan akan datang berjumpa dengannya dua kali sebulan kerana mereka tinggal berjauhan.

Malah, teman wanita yang disangka benar-benar wanita itu berjaya menambat hatinya dengan imej bertudung. Hal itu menjadikan dia langsung tidak curiga atau mengesyaki sesuatu yang ganjil.

Segala-galanya terbongkar apabila mereka ditangkap. Ketika tangkapan dilakukan, polis menemui pil hormon dan sebotol minyak yang dipercayai minyak pengasih di dalam beg tangan Lauren.

Ketika itulah baru Rizki menyedari kekasihnya itu adalah seorang lelaki. Walau bagaimanapun pasangan berkenaan dibebaskan selepas diambil keterangan dan diberi amaran agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Jadi, berhati-hatilah tatkala anda bertemu atau bercinta dengan wanita pada zaman sekarang ini. Begitu juga kalau anda bercinta dengan lelaki kerana perkara yang sama boleh juga berlaku. Ramai sangat wanita dan lelaki ‘palsu’ zaman sekarang.-KLICK.MY