Hiburan Sensasi Terkini

Setelah 44 Hari, Stacy & Akim Dedah Wajah Anak

Wah, saat yang ditunggu oleh peminat setia Stacy dan Akim untuk menatap wajah anak pasangan ini akhirnya tiba!. Setelah genap 44 hari, akhirnya wajah Eshaal didedahkan kepada umum.

Saat gembira itu dikongsi oleh Satcy di laman Instagramnya. Memang comel sekali cahaya mata pertama mereka berdua ini. Sebelum ini Stacy mempunyai seorang anak angkat bernama Bella.

Ramai peminat mengatakan wajah baby tersebut mirip Stacy. Ada juga yang kata mirip kedua-duanya. Tidak kisahlah mirip sesiapapun yang penting baby ini sihat.

Kelahiran Eshaal menambahkan lagi kebahagiaan pasangan ini. Apa yang menariknya, Stacy dan Akim telah pun membuka akaun Instagram untuk Eshaal dengan nama Eshaal_1717.

Wah, tak lama lagi makin ramailah peminat yang mahu jadi follower kepada Eshaal. Silap haribulan, kalah mak dan ayahnya. Tak Gitu!-KLICK.MY

Tag