Hiburan Terkini

Setelah 4 Tahun Pemergian, Banglo Datuk Sharifah Aini Mahu Dijual

SUDAH empat tahun biduanita negara, Datuk Sharifah Aini meninggalkan kita. Sungguhpun begitu, nama dan kemerduan suaranya masih menjadi siulan.

Bak kata pepatah ‘harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan nama’. Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai rumah banglo milik arwah yang terletak di Petaling Jaya mahu dijual.

Beberapa keping gambar rumah yang dipercayai milik penyanyi berkenaan dimuatnaik di sebuah laman web hartanah.

Memetik laporan Harian Metro, setelah membuat tinjauan mereka mendapati penghuni di rumah berkenaan mengakui sendiri hal tersebut.

“Ya… betul. Ini rumah Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan memang hendak dijual.

“Tiada sebab lain melainkan ia terlalu besar untuk dihuni dan ia sudah diserahkan kepada ejen rumah (hartanah) untuk menjualnya,” kata individu tersebut.

Usaha untuk bertemu anak arwah bagaimanapun menemui jalan buntu kerana Aliff bertegas hanya akan bekerjasama dengan pihak yang mahu berurusan mengenai hal rumah itu sahaja.

Sebelum ini rumah berkenaan pernah diiklankan di Facebook dengan keterangan menyatakan ianya milik seorang penyanyi terkenal.

Aset itu dikatakan mahu dijual dengan harga RM8 juta. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen