Hiburan Sensasi Terkini

Setahun Berkahwin, Peminat Doakan Moga Jihan Muse Cepat Dapat Anak

Melalui Instagram milik pelakon, pengacara dan pelawak, Jihan Muse memuat naik tentang usia perkahwinannya bersama Ungku Hariz yang genap setahun pada 20 Mar baru-baru ini.

Walaupun beberapa minggu yang lalu kecoh mengenai kisah mereka berdua yang mendakwa Jihan menanggung hidup suaminya itu, ia tidak menghalang atau menggangu kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Bak kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia bagaimana menutupnya. Begitulah yang dilalui oleh pasangan bahagia ini. Jadi, biarkanlah mulut orang yang berkata-kata itu.

Lumrah hidup sebagai figura umum, Jihan baik Ungku menganggap itu sebagai asam garam dunia artis.

Berbalik kepada ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, Jihan memuat naik beberapa keping gambar ketika malam berinai.

Menariknya, rata-rata peminat Jihan mendoakan agar pasangan ini dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Agaknya mereka tidak sabar mendengar berita pelawak ini mengandung dan seterusnya melahirkan anak.

Mesti anak Jihan dan Ungku Hariz comel seperti kedua ibu bapanya. Apapun semoga perkahwinan mereka hingga hujung nyawa dan dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.-KLICK.MY