Hiburan Sensasi Terkini

Seronoknya Nad Zainal Bercuti Di Bali Bersama Keluarga

Seronok sungguh melihat gambar-gambar percutian yang dimuatnaik oleh Nad Zainal di Instagram. Percutian Nad ke Bali bersama suami dan anaknya. Bertuah Fahad dapat bercuti ke negara orang walaupun masih kecil.

Peluang dapat bercuti bersama keluarga digunakan sebaik mungkin oleh Nad. Bali sememangnya destinasi percutian popular dunia. Keunikan budaya dan keindahan muka buminya membuatkan ramai yang datang ke sini.

Namun kedatangan Nad ke sana bukan dia sekeluarga sahaja tetapi turut disertai oleh stokis produknya iaitu Audela. Malah boleh dikatakan percutian tersebut ibarat bercuti sambil belajar bagaimana orang di sana berniaga.

Bukan main lagi masing-masing ‘menyalai’ kulit dengan cuaca yang panas. Acara wajib sudah pastilah berswafoto. Malah setiap sudut kalau boleh mahu diambil gambar.

Moga Nad dan rombongan bergembira di sana. Jangan lupa kami di sini ya.-KLICK.MY