Sensasi Terkini Viral

Seram, Pembantu Rumah Kena Rasuk

Serius, berdiri bulu roma tatkala menonton rakaman CCTV yang menunjukkan seorang pembantu rumah dirasuk dan berkelakuan aneh.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah pangsapuri di Singapura. Pemilik rumah dikenali sebagai Nurul Baker mendakwa ketika kejadian tersebut keluarganya tiada di rumah.

Apa yang menyeramkan, pembantu rumah itu seakan-akan menunjukkan sesuatu dan kemudiannya duduk dan terus terbaring.

Menurut Nurul, ia berlaku saat pembantu rumahnya keluar dari bilik air. Kelihatan juga kelakuannya yang terhangguk-hangguk dan pandangan matanya yang tajam begitu menyeramkan.

Bagaimanapun, tidak diceritakan apa yang berlaku kepada pembantu rumah itu selepas kejadian.

Video kejadian itu dimuat naik di media sosial sekali gus menjadi viral di media sosial itu. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ia rakaman sebenar atau sudah diedit.-KLICK.MY