Sensasi Terkini Viral

Seram, Makhluk Seperti Toyol Muncul Di Parkir

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penampakan susuk tubuh yang didakwa suku Mante di hutan Acheh namun kini ia seakan-akan muncul pula di sebuah parkir yang tidak dinyatakan lokasinya.

Lembaga yang kelihatan seperti kanak-kanak berkepala botak atau toyol itu terakam sedang berlari laju di belakang sebuah kereta di parkir.

Dalam video itu, yang disiarkan melalui halaman Facebook Wujud (Paranormal Team), kelihatan juga kelibatnya merangkak di bawah sebuah kereta putih dan bertempiaran lari antara kereta.

Video ini telah dilihat lebih daripada 14,000 kali sejak ia telah diposkan beberapa hari yang lalu.

Namun tidak diketahui sama ada ia tulen atau palsu memandangkan pada zaman yang serba canggih ini, segala-galanya boleh dimanupulasi untuk mengaut keuntungan.-KLICK.MY

Sumber: Stomp

Tag