Sensasi Terkini Viral

Seram, Hantar Jenglot Guna Pos Laju

Biasanya orang menggunakan khidmat Pos Laju untuk menghantar barang-barang peribadi atau barang-barang biasa namun kali ini ia agak berlainan dan tidak pernah dibuat orang.

Pengalaman yang boleh dikatakan agak menyeramkan telah dilalui oleh seorang pekerja Pos Laju apabila barang yang dihantar bergerak-gerak.

Hairan dan pelik, ketika dia mengimbas barang tersebut tidak semena-mena ia bergerak seakan-akan ada benda hidup di dalamnya.

Hal tersebut mendorong pekerja berkenaan membuka bungkusan dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat apa yang ada di dalam bungkusan tersebut.

Rupa-rupanya terdapat anak patung kecil yang menyeramkan berambut dan berkuku panjang. Kalau dilihat pada rupanya, anak patung itu adalah jenglot.

Kejadian itu berjaya dirakam dan ia mula menjadi tular di laman sosial setelah ada yang memuat naiknya di Facebook.

Sama ada ia betul-betul jenglot atau replika, bukan itu persoalannya. Persoalannya siapakah yang menempah dan menghantarnya menggunakan Pos Laju.

Mentang-mentanglah zaman moden jenglot pun boleh ditempah secara online. Minta dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik ini.-KLICK.MY