Luar Negara Terkini

Sepanyol Negara Pertama Hantar Wakil Miss Universe Transgender

BUAT pertama kalinya dalam sejarah pertandingan Ratu Cantik Miss Universe akan disertai oleh peserta transgender (mak nyah).

Pertandingan yang bakal diadakan pada 17 Disember depan di Bangkok, Thailand pastinya akan mendapat perhatian dunia.

Penglibatan peserta transgender berikutan perubahan dasar oleh Organisasi Miss Universe pada 2012 yang mula membenarkan penyertaan golongan itu.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada setiap negara sama ada mahu menghantar wakil transgender atau tidak.

Sepanyol menjadi negara pertama menghantar wakil transgender iaitu Angela Ponce yang akan bersaing dengan peserta wanita lain.

Namun, agak mengejutkan apabila Thailand yang terkenal dengan sikap terbuka terhadap transgender tidak menghantar wakil transgendernya.

Selain edisi ke 67 yang bakal berlangsung pada Disember ini, Thailand juga pernah menjadi tuan rumah pada 1992 dan 2005. –KLICK.MY