Gaya Hidup

Sentuh Perasaan! Nurul Izzah Luah Rasa Gembira Bapa Dibebaskan

ANAK mana yang tidak gembira apabila bapa tercinta akhirnya bebas setelah 20 tahun terkurung dalam ‘tirai besi’.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah menerusi Instagram berkongsi gambarnya bersama bapa, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) beberapa jam yang lalu.

Rindu yang selama ini terbendung, akhirnya dapat diluahkan. Pastinya Nurul Izzah dan keluarga tidak dapat menyeka air mata kegembiraan daripada tumpah.

Menerusi kapsyen, Nurul Izzah meluahkan rasa gembira kerana bapanya telah dibebaskan.

Rata-rata netizen turut tersentuh dan terharu dengan luahan tersebut. Mereka juga kagum dengan Nurul Izzah serta keluarga kerana mampu bersabar puluhan tahun menunggu kebebasan bapa tercinta.

Lebih manis, pembebasan DSAI sehari sebelum umat Islam di Malaysia menyambut bulan Ramadan.

Semoga keluarga kesayangan ramai ini terus dapat menabur bakti kepada negara tercinta, –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.