Hiburan Sensasi Terkini

Punca Putus Cinta Dengan Zul Ariffin: Zahirah MacWilson Tutup Mulut

SUSULAN kenyataan daripada Zul Ariffin bahawa hubungannya dengan pelakon jelita, Zahirah MacWilson, 24, sudah berakhir, Kosmo Online antara media terawal yang menyiarkan jawapan balas daripada empunya diri yang terbabit.

Selain kenyataan tentang hubungannya dengan Zahirah sudah berakhir dan tak mungkin kembali terjalin, terdapat isu hangat dalam laporan yang tersiar apabila Zul dilapor turut mendedahkan, antara punca dia tawar hati dengan bekas kekasihnya itu disebabkan perbuatan Zahirah melakukan ‘selfie’ berhampiran jenazah ibunya, Disember lalu.

BERKAITAN: Swafoto Dekat Jenazah Ibu Antara Punca Putus Cinta – Zul Ariffin

Walau bagaimanapun dalam laporan disiarkan K! Online itu, Zahirah nyata memilih untuk menutup mulut apabila ditanya komennya berkenaan kenyataan dikeluarkan Zul Ariffin.

Sebaliknya Zahirah memberitahu, dia enggan menyentuh soal cinta dan hubungan peribadi pada tahun ini kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada kerjaya seni.

“Saya rasa sudah terlalu lama orang hanya bertanyakan saya tentang soal cinta jadi tahun ini, saya putuskan untuk tidak lagi menerima soalan itu.

“Jika pihak sana ingin membuat apa-apa kenyataan itu pilihan dia. Saya sudah nyatakan pendirian saya,” Zahirah dilaporkan memberitahu demikian, menerusi mesej WhatsApp kepada wartawan Kosmo!.

Zul Ariffin dan Zahirah MacWilson, saat masih bahagia.

Apa-apa pun, hubungan Zul Ariffin dan Zahirah belum pun diikat secara rasmi sebagai suami isteri. Elok berpisah sekarang atas apa alasan sekalipun dari menempuh alam rumah tangga yang berantakan di kemudian hari. Anggap saja tiada jodoh! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen