Hiburan Terkini

Selepas Sebulan, Akhirnya Dahlia Dedah Wajah ‘Baby Trivago’

PENGACARA dan model iklan Trivago, Dahlia Shazwan mendedahkan perihal anak sulungnya di laman Instagram baru-baru ini.

Pengacara rancangan HLive itu turut memperkenalkan nama si kecil.

 “Throwback to when I delivered our angel exactly a month ago. Everyone meet Freda,” tulis Dahlia di ruangan kapsyen.

Rata-rata pengikut laman Instagram Dahlia mengucapkan tahniah serta memuji kecomelan wajah anaknya.

Mereka turut menggelar bayi perempuannya itu ‘Baby Trivago’.

Dalia dan suami.

Dahlia selamat melahirkan cahaya mata seberat 2.7 kilogram di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu hasil perkahwinan beliau bersama  Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan. Semoga kehadiran cahaya mata ini menambahkan lagi seri rumah tangga.–KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.