Sensasi Terkini Viral

Selepas Gigit Tuan, Anjing Ini Diberi Peluang Kedua Untuk Hidup

Kisah seorang lelaki dengan anjingnya benar-benar meruntun hati netizen. Pengguna Facebook yang bernama Ak Ang telah memuat kisah mengharukan mengenai anjing yang ditemuinya dan dipelihara.

Kisah ini bermula setahun lalu ketika Ang menolong anjing yang tersepit di celah gunung batu. Simpati dengan nasib anjing itu, lalu Ang segera menghulurkan bantuan membebaskan anjing tersebut.

Selama setahun Ang merawat dan membesarkan anjing tersebut sehingga hubungan mereka menjadi rapat. Ang memberi nama anjing tersebut sebagai Jacky Chan.

Namun oleh kerana Ang terlalu sibuk dan tidak dapat meluangkan masa bersama Jacky, ia mengikatnya. Tindakannya itu telah menaikkan kemarahan Jacky sehingga menggigit Ang.

Ang mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan di klinik serta diberi vaksin anti-rabies. Dia perlu disuntik empat kali seminggu selama dua minggu.

Selepas kejadian tersebut, Jacky mula berkelakuan aneh.dan hanya diam serta tidak seaktif dulu.

Rakan dan keluarga Ang menyarankan agar Jacky diberi suntikan maut namun Ang tidak sampai hati berbuat demikian. Ang beranggapan mungkin Jacky rasa bersalah kerana menggigitnya namun disangkal oleh keluarganya.

Setelah lama tidak bertemu, Ang akhirnya memberanikan diri melihat Jacky. Ang mula bercakap dengan Jacky dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh anjing tersebut.

Saat itulah Ang menitiskan air mata apabila melihat Jacky menjilat luka dan mengangguk-angguk seolah-olah faham apa yang diperkatakan oleh Ang. Momen sedih itu sempat dirakam oleh anaknya.

Kisah yang dimuat naik oleh Ang ini kemudiannya menjadi tular. Rata-rata netizen memuji kebaikan Ang kerana memaafkan Jacky dan memberinya peluang kedua. -KLICK.MY

Tag