Hiburan Sensasi Terkini

Selepas Fattah, Tiba Giliran Nabil Pula Terbitkan Buku

Kalau sebelum ini Fattah Amin menerbitkan buku sehingga kontroversi sana sini, kini tiba giliran Nabil Ahmad pula nak terbitkan buku.

Menurut Nabil, buku yang bakal diterbitkan itu mengenai kehidupannya bermula dari hanya insan biasa yang tidak dikenali hinggalah dia dikenali.

Malah dalam buku tersebut dia akan kongsi beberapa rahsia antaranya amalan ibunya yang sentiasa bersedekah kepada orang yang memerlukan. Amalan ibunya itu menjadi ikutannya sehingga sekarang.

Tidak kisahlah dia nak terbitkan buku atau tidak, apa yang penting biarlah buku tersebut bermanfaat dan boleh dijadikan panduan berguna kepada masyarakat.

Janganlah niat hanya untuk mendapatkan keuntungan semata-mata dan mengambil kesempatan atas status sebagai artis popular.

Berpengalaman menemubual Nabil selama ini, boleh dikatakan Nabil adalah artis yang mudah memberikan kerjasama dan tidak sombong atau bersikap diva.

Moga-moga perkongsian Nabil menerusi buku yang bakal diterbitkan memberi faedah kepada semua.

Khabarnya Nabil kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat kerana menemubual artis Hollywood di Anugerah Akademi ke 89 untuk siaran HBO Sentral.-KLICK.MY