Sensasi Terkini Viral

Selepas Ceroboh Bilik Bapanya, Kini Marion Kelly Semakin Popular

Masihkah anda ingat gelagat seorang gadis kecil bersama adiknya yang tiba-tiba meluru masuk ke bilik bapanya yang ketika itu sedang diinterviu secara langsung oleh stesen tv?

Kalau anda masih ingat, kini gadis comel bernama Marion Kelly itu mula bersinar di Internet. Dia menjadi popular serta-merta dengan gelagat yang mencuit hati orang seluruh dunia itu.

Marion Kelly telah dijemput untuk muncul dalam satu sidang akhbar di Korea Selatan bersama bapanya, Profesor Robert E.Kelly.

Dalam sidang akhbar berkenaan, Prof Kelly yang turut datang bersama isterinya Kim dan anak bongsu mereka James telah menjelaskan kekecohan yang berlaku ketika kejadian tersebut.

Apa yang lucunya, gelagat Marion yang berusia empat tahun telah menarik minat orang ramai dengan tingkah lakunya yang aktif.

Malah, gaya pemakaianya dengan trench coat berwarna perang muda, serta cermin mata berbingkai merah jambu menarik perhatian ramai.

Alahai comel sungguh Marion ini. Siap menghisap gula-gula lolipop lagi. Langsung tidak kisah walaupun di hadapannya ramai wartawan yang sedang menemuramah bapa dan ibunya.-KLICK.MY