Hiburan Sensasi Terkini

Selepas Bersalin, Siti Nurhaliza Akui Berat Badan Semakin Turun

PERKARA normal seorang wanita yang mengandung mengalami kenaikan berat badan. Biasanya ia kembali surut selepas melahirkan anak, namun bergantung kepada kesungguhan seseorang itu.

Baru-baru ini Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi rasa gembira apabila berat badannya susut sebanyak 17.8 kilogram selepas 36 hari melahirkan Siti Aafiyah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Siti meluahkan rasa teruja dan ingin mengurangkan lebih lagi berat badannya selepas ini.

“Hari ini Aafiyah dan ibu checkup sekali. Apa yang tragis harini ialah bila Aafiyah kena ambil darah, ibu yang menangis.

“Alhamdullillah, semuanya baik dan ibu berjaya turun berat badan sekarang sebanyak 17.8 kilogram. Banyak lagi kena turun ni!” tulisnya.

Rata-rata peminatnya kagum dengan kesungguhan Siti untuk menurunkan berat badan selepas bersalin dan memuji wajahnya yang kini kelihatan semakin cantik.

Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.

Semoga Siti berjaya dalam misi menguruskan badan seperti sedia kala. –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.