Hiburan Sensasi Terkini Viral

Selepas 27 Tahun Berkahwin, Bade Cerai Erma Talak Satu

Selepas 27 tahun menndirikan rumah tangga, sutradara terkenal, Badaruddin Azmi atau Bade, akhirnya melepaskan isteri pertamanya pengarah dan pelakon Erma Fatima dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, 17 Ogos 2017.

Bade, 53, tiba di mahkamah berasingan, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menunggang motosikal. Erma, 49, yang mengenakan jubah hitam, tiba pada jam 11 pagi ditemani adiknya, Betty Rahmad.

Pada 10 Ogos lalu, Bade memfailkan permohonan cerai  terhadap Erma Mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 November 1991 dan mempunyai lima orang anak angkat.

Dua tahun lalu, Erma pernah memfailkan permohonan cerai selepas mendapat tahu Bade berkahwin lain pada 2014.

Bagaimanapun pengarah filem Embun ini menarik balik keputusannya itu.

Bade dikurniakan sepasang cahaya mata dengan perkahwinan kedua.

Sesungguhnya ajal, maut, jodoh sudah ditentukan sejak azali, jadi tiada apa yang dapat melawan qada & qadar Allah.

Semoga Erma tabah mengharungi hidup sebagai ibu tunggal membesarkan lima anak angkat mereka. –KLICK.MY