Jenayah Luar Negara

Selamba Berjalan Sambil Pegang Kepala Isteri Yang Dipenggal

SEORANG lelaki dirakam berjalan dengan selamba di lorong-lorong kecil sambil memegang kepala isterinya yang dipenggal.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Zhang, 31, dikatakan telah menyembelih isterinya di flat kediaman mereka, sebelum keluar dari pintu depan rumah bersama kepala isterinya untuk dibuang di pusat pemindahan sisa.

Kejadian berlaku di kampung Kangle di daerah Haizhu, Guangzhou, Selatan China.

Kepala mangsa kemudian ditemui oleh pekerja sanitasi yang segera menghubungi polis.

Mayat Xia, 28, kemudiannya dijumpai tanpa kepala di dalam flat tempat dia dan suaminya tinggal dan Zhang ditangkap atas tuduhan membunuh.

Pasangan itu berasal dari utara China, kata pihak berkuasa daerah Haizhu dalam satu kenyataan umum.

CCTV turut merakam saat-saat Zhang keluar dari pintu depan bangunan flatnya sambil memegang kepala mangsa menggunakan tangan kirinya.

Seorang lelaki yang tidak dikenali dilihat turut menemaninya ketika dia berjalan dengan tenang di sepanjang lorong sebelum melupuskan kepala pasangannya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.