Gaya Hidup

Selamat Digunakan, CIMB Nafi Sistem Perbankan Dalam Talian Digodam

PADA hujung minggu lalu, kecoh di media sosial apabila ada segelintir individu mendakwa wang daripada akaun CIMB mereka telah dipindahkan ke laman pembayaran dalam talian PayPal.

Pengguna juga mendakwa kata laluan mereka dibuka untuk digodam.

Malah, portal forum popular Lowyat.net juga melaporkan bahawa kelemahan keselamatan CIMBClicks yang serius mungkin menyebabkan akaun portal itu digodam.

Berikutan itu CIMB Bank Berhad menafikan dakwaan bahawa terdapat kelemahan keselamatan dalam portal perbankan dalam talian bank tersebut.

CIMB berkata, portal perbankan dalam talian CIMBClicks, tetap selamat dan semua transaksi pelanggan terus dilindungi.

“Bank ingin memaklumkan bahawa mereka telah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.

“Selain memastikan sistem ini kini dapat menampung kata laluan lebih daripada lapan aksara dan sehingga 20 aksara, kami juga telah menambah langkah keselamatan reCaptcha di CIMBClicks untuk memastikan pengguna bukan bot,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jadi, dengan penjelasan daripada CIMB Band Berhad diharapkan dapat melegakan kebimbangan para pengguna. –KLICK.MY

Sumber: The Star