Sensasi Terkini Viral

Sekumpulan Penyeluk Saku Kantoi Perbuatan Dirakam CCTV

Mungkin tidak perasan gelagatnya sedang dirakam oleh CCTV, sekumpulan penyeluk saku tanpa rasa takut menjalankan operasinya di sebuah kedai pakaian di Pavilion, Kuala Lumpur.

Mangsanya seorang wanita yang langsung tidak menyedari akan hal tersebut. Penyeluk saku ini bergerak dalam kumpulan terdiri daripada lelaki dan wanita.

Dalam video yang dimuatnaik ke laman Facebook Bojio Buddy, kelihatan sekumpulan penyeluk saku mendekati seorang wanita. Mereka berpura-pura memilih pakain sambil mendekati mangsa

Apabila mangsa kusyuk memilih pakaian, salah seorang penyeluk saku mula memainkan peranan. Setelah berjaya, dia ke belakang untuk menyerahkan barang yang dicuri kepada salah seorang rakan.

Kemudian setelah misi berjaya, kesemuanya mula bergerak dan keluar dari kedai tersebut tanpa langsung disedari oleh mangsa. Menurut sumber, barang yang dicuri adalah sebuah telefon bimbit.

Justeru, berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan orang di sekeliling anda. Penjenayah sering mengambil kesempatan atas kelalaian anda. Malah, mereka begitu pakar mengalih pandangan anda dalam sekelip mata.-KLICK.MY