Hiburan Sensasi Terkini

Sekitar Ulang Tahun Perkahwinan Shuib-Sarah

Wah, meriahnya ulang tahun perkahwinan Shuib dan Siti sarah yang berlangsung baru-baru ini! Seakan-akan baru mendirikan rumah tangga lagaknya. Siap ada malam berinai tau!

Yelah, walaupun mereka sudah mendirikan rumah tangga pada 2011 yang lalu, namun mereka sebenarnya tidak berkesempatan untuk mengadakan majlis sanding. Mereka hanya lakukan yang wajib sahaja iaitu bernikah.

Bayangkan anak sudah tiga baru kini nak bersanding dan sudah pastinya ia akan diadakan secara gemilang dan meriah.

Lagi pun kata Shuib, majlis sanding ini sebagai menghargai isterinya yang banyak berjasa dan sanggup bersusah senang bersamanya. Wah, so sweet!

Majlis yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya turut dihadiri oleh rakan-rakan artis dan saudara-mara.

Malah, pada majlis tersebut Shuib sempat menyanyi lagu berjudul Aku Lelakimu sambil menghadiahkan Sarah sebentuk cincin.

Moga perkahwinan mereka kekal hingga hujung nyawa dan dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah.-KLICK.MY