Hiburan Sensasi Terkini

Sedang Lalui Dugaan Perit, Serina Dakwa Bekas Suami Buli Emosi

SETELAH lama memendam perasaan, akhirnya pelakon Serina Redzuawan meluahkan apa yang terbuku di dalam hati berkenaan bekas suaminya.

Serina bertindak sedemikian setelah bapanya, Chef Wan mendedahkan apa yang berlaku ke atas anak dan bekas menantunya itu di Instagram.

Menurut Serina, bekas suami, Gavin Edward O’Luanaigh, telah bertindak menyeksa emosinya dengan hanya membenarkannya berjumpa dua cahaya mata mereka pada hari minggu.

Serina akui sedang melalui dugaan yag sangat perit dalam hidupnya. Katanya lagi, Gavin sedikit demi sedikit mula memisahkan dirinya dengan anak-anak, sedangkan masing-masing bersepakat mahu menjaga dua cahaya mata mereka dengan cara tersendiri sebelum ini.

“Hari ini saya akan beritahu apa yang berlaku sebenarnya, yang selama ini saya pendam dan menanggung kesedihan. Mungkin ramai yang sudah baca kenyataan daripada ayah saya di Instagramnya.

“Jujurnya, saya tidak suka sensasikan hal peribadi keluarga, apatah lagi berkaitan anak-anak.

“Memang saya sedang melalui dugaan yang perit. Bekas suami cuba membuli dan menyeksa emosi saya sebagai ibu dengan memisahkan kasih sayang saya dan anak-anak.

“Dulu saya berjumpa anak-anak setiap hari, tetapi sekarang dia benarkan kami berjumpa pada hujung minggu. Itu pun sekejap saja.

“Pelbagai alasan dia berikan. Dia akan buat anak-anak sibuk dengan aktiviti sehingga saya tidak berpeluang luangkan masa bersama mereka. Apa yang dia buat memang kejam! Selama ini saya hanya bersabar.

“Sehinggalah dia telah langgar perintah Mahkamah dan ditangkap khalwat ketika anak-anak di rumah. Ini sudah malampau. Saya risaukan akidah anak-anak terjejas. Doakan Serina berjaya mengambil semula hak jagaan anak anak,” tulisnya.

Serina dan Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak, Tristan Tareef, 8, dan Isabella Saffiya, 6.

Sebelum ini, Serina memberikan hak jagaan sementara anak-anak kepada Gavin selepas mereka bersepakat menjaga Tristan dan Isabella dengan cara tersendiri. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.