Hiburan Terkini Viral

Sebak, Nora Kongsi Kisah Mimpinya Bertemu Arwah Suami

Kalau semalam penyanyi terkenal, Nora Ariffin berkongsi kenangannya menyambut Ramadan bersama arwah suami, Johan Nawawi di Instagram, namun hari ini dia berkongsi pula kisah mimpinya bertemu dengan arwah suaminya itu.

Johan Nawawi merupakan seorang komposer terkenal telah meninggal dunia pada 23 Mac lalu akibat serangan jantung. Pemergiannya itu memberi kesan mendalam kepada Nora.

Tidak sempat menyambut Ramadan pada tahun ini bersama, menurut Nora dia tidak menyangka Ramadan tahun lepas adalah Ramadannya terakhir bersama Johan.

Melihat kapsyen yang dimuat naik oleh Nora semalam, membayangkan betapa rindunya dia kepada arwah.

Manakala hari ini pula Nora berkongsi cerita dia bermimpi bertemu arwah suaminya. Menurut Nora, mimpi tersebut sangat indah.

Ketika dia sedang melancong bersama arwah suami, mereka berhenti untuk solat.

Namun tempat tersebut tiada sejadah. Tatkala Nora tengah bersolat, arwah suaminya menghamparkan sejadah untuknya sambil tersenyum.

Rata-rata netizen tersentuh dan sebak dengan cerita tersebut. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Buat Nora dan anak-anak, semoga tabah serta dapat mengharungi ujian dan menjalani ibadah puasa. –KLICK.MY