Sensasi Terkini Viral

Seakan-Akan Trend, Kini Nasi Lemak Gay Pula Ambil Alih

Belum habis lagi tentang Nasi Lemak Pondan, kini muncul pula Nasi Lemak Gay. Menggunakan strategi yang sama iaitu penggunaan nama yang boleh mencetuskan kontroversi, kini ia dilihat seakan-akan menjadi ‘trend’.

Justeru, tidak hairan kalau selepas ini muncul pula nama lain yang bertentangan dengan norma-norma kehidupan masyarakat Malaysia.

Nasi Lemak Gay mula mendapat perhatian dan tular di laman sosial setelah seorang peniaga nasi lemak bernama Adi Yusuf menaikkan banner tertera perkataan #nasi lemak gay berserta gambarnya dan nombor telefon di gerai nasi lemaknya.

Gerai nasi lemaknya yang berlokasi di hadapan stesen minyak Petronas Taman Segar, Cheras menyaksikan Adi Yusuf tidak berselindung dan malu mengakui dirinya sebagai gay.

Rata-rata netizen mula mencemuh dan mempersoalkan tindakan peniaga-peniaga seperti ini yang sesuka hati mempersendakan hukum agama.

Mungkin tidak lama lagi akan ada ahli-ahli agama yang akan mengeluarkan pendapat mengenai hal ini. Jadi, kita tunggu apa kata ahli-ahli agama tentang fenomena yang semakin menjadi-jadi ini.-KLICK.MY