Hiburan Selebriti

Elyana: Saya Tak Kuat Lagi.. Perlahan Lahan Saya Mengalah

TUJUH tahun hidup dengan kanser limfoma, penyanyi dan pelakon Elyana sering dilihat tampil ceria, bertenaga dan gembira di media sosial sehinggakan ramai yang kagum dengan sikap positif dan optimisnya.

Namun sebagai manusia biasa, apabila perlu menanggung kesakitan tanpa mengira masa akhirnya Elyana meluahkan sisi suram dalam perjuangannya melawan kanser.

Elyana menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram menyatakan dia sudah letih kerana berasa sakit setiap masa dan dia kini berada dalam keadaan tidak begitu baik.

“Saya takut kerana sedar saya tidak boleh melawan buat selamanya. Saya tak kuat lagi.

Secara perlahan-lahan saya berputus asa,” demikian antara perkongsian Elyana di InstaStory Instagram.

Luahan perasaan hari Elyana itu menyentuh hati ramai netizen yang rata-rata terus menyampaikan kata-kata semangat kepada ibu beranak satu itu agar tidak putus asa dan terus berjuang.

Tahun lalu, Elyana mengejutkan peminat apabila mengumumkan dia menghidap kanser limfoma tahap empat ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada meneruskan pertandingan program Gegar Vaganza.

Memang besar dugaan buat Elyana dan keluarga, rasanya untuk seseorang pesakit berasa seperti mahu mengalah itu adalah normal kerana sampai satu tahap mereka tidak mampu lagi menanggung kesakitan.

Namun bagi orang yang berada di sekeliling pesakit, kita perlu memberikan kata-kata semangat dan kasih sayang untuk mengubati hati mereka yang sedih.

Semoga Elyana kembali bersemangat untuk jalani hari-hari mendatang. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen