Hiburan Terkini

‘Percaya Naluri Ibu Yang Terbaik, Saya Betul-Betul Redha’ – Elfira Loy

SELEPAS mendiamkan diri seketika sejak hubungan pertunangannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi putus, akhirnya pelakon Elfira tampil memberikan kenyataan berhubung isu itu.

Dalam program Melodi di TV3 Ahad lalu, Elfira menafikan dakwaan netizen bahawa hubungan itu putus kerana Sufian gagal menyediakan wang hantaran diminta keluarganya.

Dalam temubual itu dia menyatakan berikut:

“Benda ni berlaku bukan sebab sakit hati atau tidak puas hati ke, yang saya betul rasa adalah kuatnya kuasa Allah, Dia boleh beri kebahagiaan dan tarik begitu sahaja.

“Sebagai ibu bapa, mereka boleh tengok gambaran jelas untuk masa depan anak, apa akan terjadi jika naluri ibu tidak baik atau ayah rasa macam tengok tiada kesefahaman..tak boleh nak buat apa.

“Apa yang berlaku pada masa lepas, pertunangan itu perkara terindah dalam hidup saya.

“Saya memang betul-betul redha ini ujian, saya tidak menyalahkan sesiapa,”ujarnya dalam linangan air mata kerana sebak.

Aktres itu juga menolak dakwaan ibunya menjadi punca ikatan pertunangannya terputus seperti ditulis di blog-blog gosip hiburan.

“Ada orang buat spekulasi kata ibu keluar kenyataan selepas ini saya bertemu dengan lelaki yang lebih baik. Sebenarnya, ia bukan bermaksud yang dulu tak baik.

“Setiap masa ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan saya percaya naluri seorang ibu itu tepat kerana mereka sudah ada pengalaman hidup.

“Apa yang ibu buat ini adalah benda betul sebab saya masih belum cukup matang untuk melalui perhubungan ini,” katanya.

Sebelum ini, beberapa blog hiburan mendakwa ibu Elfira menjadi punca dia putus tunang dengan penyanyi lagu Terasa Ada itu.

Dalam pada itu, Elfira memberitahu punca perpisahan ini hanya diketahui dalam kalangan ahli keluarga sahaja.

 

Malah, dakwaan netizen bahawa Sufian tidak mampu menyediakan wang hantaran hanyalah spekulasi untuk memanaskan keadaan.

“Apa yang berlaku hanya keluarga tahu, orang lain tak tahu walaupun saudara-mara atau kawan. Saya tengok banyak spekulasi yang timbul sebab mereka nak jadi orang pertama bercerita.

“Iyalah, benda tengah panas memang ramai yang nak bercerita tentang perpisahan ini dan sebab itulah saya tak baca komen-komen di laman sosial. Kalau ternampak saya akan padam,” katanya yang menerima ujian ini dengan hati terbuka.

Pada 17 Februari lalu, Filzah, 52, mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir dan pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor pada Ahad lalu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.