Semasa

“Saya Cuma Nak Usap Perut Bukan *** Dia”

Amboi, masyarakat kita ini kalau bab menjatuhkan hukum nombor satu tau! Bergambar dengan haiwan pun kecoh satu dunia.

Mentang-mentanglah orang tu gambar ala-ala pegang ‘anu’ haiwan terus fikirkan yang bukan-bukan.

Hal ini terjadi kepada seorang gadis yang pada mulanya hanya mahu berkongsi gambarnya sedang bermanja-manja dengan seekor tapir.

Namun niatnya tu disalah tafsir oleh netizen gara-gara kelihatan ia seolah-olah mahu memegang kemaluan tapir tersebut.

Hal itu menimbulkan kemarahan orang ramai lebih-lebih lagi dia wanita bertudung. Hmm, habis tu orang yang tidak bertudung boleh peganglah?

Menurut Hazreen Syafiela, dia tiada niat untuk pegang anu tapir tersebut, cuma binatang tersebut perlu digosok-gosok barulah ia akan menjadi manja.

Setiap orang ada pandangan sendiri namun janganlah kita mudah meletakkan hukuman.

Satu lagi berhati-hatilah kalau mahu memuat naik gambar di laman sosial bimbang mengundang kontroversi tak diingini! РKLICK