Hiburan

“Saya Berkata Ya”-Raja Ilya Kongsi Berita Gembira Dilamar Kekasih

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Raja Ilya selepas dia berkongsi berita gembira di Instagram bahawa dirinya dilamar oleh kekasihnya.

Dia memuat naik sekeping gambar menunjukkan jari manisnya dihiasi sebutir cincin bertatahkan berlian.

Umum mengetahui pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki warga Australia sejak tahun 2012 lagi.

Teman lelakinya juga adalah seorang ahli perniagaan yang menetap di Melbourne.

Malah, sebelum ini mereka pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada November tahun hadapan.

Berkaitan: Raja Ilya Bakal Tamatkan Zaman Solo Dengan Jejaka Australia

“Saya berkata ya. Cincin ini menjadi bukti bahawa saya kini tunangannya.

“Terima kasih untuk semua yang tidak pernah jemu mendoakan kebahagiaan saya. Alhamdulillah doa anda kini telah termakbul,” tulisnya.

Semoga hubungan mereka kekal hingga ke jenjang pelamin. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.