Hiburan

“Saya Akan Heret Orang Itu Kalau Didapati Bersalah”-Rita Rudaini

HAMPIR seminggu pelakon Rita Rudaini tidak keruan dan sedih kerana kehilangan kucing kesayangannya bernama Pekan.

Menurut Rita, bukan sahaja dia yang bersedih tetapi juga anak-anakya. Pekan hilang ketika berada di bawah jagaan kenalannya di Semenyih, Selangor.

Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan oleh Rita bagi menemui kembali kucing tersebut.

Akhirnya Rita membuat laporan polis setelah mendapati ada perkara yang cuba disorokkan oleh kenalannya itu.

Jelas Rita menerusi Instagramnya, dia akan ambil langkah demi langkah bagi memastikan perkara sebenar diketahui.

“Step by step saya akan buat. Kes sudah jadi kes polis. Tak jujur, tak amanah. Saya akan buat apa saja. Mungkin boleh bantu masalah orang lain juga yang ada masalah macam saya.

“Saya akan heret orang itu kalau didapati bersalah. Saya akan cari keadilan untuk kucing-kucing lain kalau betul ada sindiket. Saya boleh terima kalau orang bercakap jujur dan mohon maaf.

“Tetapi saya tak boleh terima pembohongan, wayang. Bagi saya satu je penipuan sudah bunuh semua kebaikan. Orang yang menipu sekali adakah dia boleh dipercayai lagi seterusnya?

“Pada yang sudah terambil, sila pulangkan. Saya cuma akan ambik tindakan pada yang memberinya sahaja. Tetapi kalau bersubahat bersama-sama, saya janji akan heret sekali.

“Mungkin lepas ini saya akan viralkan pula orang yang meminjam Pekan? Doakn saya masih ‘memberi ruang dan peluang’ lagi. #justiceforPEKAN #justiceforCats,” tulisnya.

Semoga Rita dapat menemui kembali kucing kesayangannya itu. Hanya pencinta kucing sahaja tahu dan faham perasaan Rita Rudaini. –KLICK.MY