Hiburan

Satu Penghinaan! Syura Badron Terkejut Ditawarkan ‘Sugar Daddy’

STATUS janda dan ibu tunggal yang dipegang oleh penyanyi Syura Badron tidak membawa makna dia ketandusan kasih sayang serta tanggungan seorang lelaki.

Namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab menganggap status tersebut membuatkan pelantun lagu Nazam Berkasih ini memerlukan dambaan seorang lelaki.

Lapor mStar Online, Syura berang dan terkejut apabila menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang menawarkan perkhidmatan sugar daddy atau golongan lelaki ‘poket tebal’.

Menurut Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 33, ia bukan kali pertama berlaku dan menganggap perkara itu sebagai satu penghinaan buat dirinya.

“Saya terkejut kerana saya tidak kenal dan dia berani menawarkan perkara itu kepada saya. Saya tidak tahu apa yang dilihat dan menilai saya menerusi Instagram sehingga merasakan saya perlukan sugar daddy.

“Ini kali pertama saya mesej daripada orang tidak dikenali di laman sosial namun saya akui ada beberapa kali juga tawaran itu datang daripada orang yang saya kenal dan mereka cuba memperkenalkan saya dengan orang-orang macam ni.

“Mungkin mereka lihat saya janda dan ibu tunggal mereka fikir saya perlu benda tu semua?,” ujarnya.

Jelas Syura lagi, dia sedar kehidupannya tidak mewah, namun bukan bermaksud dia perlu menggunakan jalan mudah untuk hidup senang.

“Walaupun seburuk mana kehidupan saya, sugar daddy tidak berada dalam senarai saya untuk selesaikan masalah.

“Sejak usia sembilan tahun saya sudah menyanyi dan meniaga untuk bantu keluarga, tidak terlintas langsung untuk cari sugar daddy,” jelasnya.

Justeru, Syura berharap perkara yang sama tidak akan berulang lagi terhadap dirinya. Malah dia melihat perkara tersebut sebagai satu penghinaan buat ibu tunggal yang berdikari sepertinya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.