Sensasi Terkini Viral

Sanggup Berhabisan Ratusan Ribu Demi Menjadi Bunian

Pengaruh watak dalam filem kadang-kadang mempengaruhi penontonnya secara ekstrim terutamanya watak-watak fantasi.

Biasanya orang hanya memilih kostum untuk kelihatan seperti watak yang diidamkan. Namun berbeza buat pemuda bernama Luis Pardon kerana memilih untuk melakukan pembedahan plastik.

Pemuda dari Buenos Aires ini sanggup berhabisan RM194,594 demi mencapai impian peliknya itu.

Dia menjalani pembedahan plastik bagi mengubah mukanya demi kelihatan seperti watak elf atau orang bunian.

Luis Pardon menjalani pembedahan hidung, telinga dan bibir selain mengubah suai rambutnya demi merealisasikan impiannya itu.

Menurutnya, dia punya cara tersendiri untuk mempamerkan kecantikan dan akan merealisasikannya tidak kira apa jua rintangan.

Katanya lagi, dia mahu telinganya kelihatan berbentuk runcing seperti elf dalam filem Lord Of The Rings dan mata seperti kucing.

Lelaki berusia 25 tahun itu merancang untuk melakukan pembedahan bagi menaikkan otot serta menjadikan dirinya lebih tinggi.

Padron mengakui dia menjadi obses dengan makhluk fantasi ketika usia remaja selepas menjadi mangsa buli sewaktu zaman kanak-kanak.

Kini selepas berjaya mengubah dirinya menjadi orang bunian, Padron bergiat dalam dunia model dan menerima bayaran yang mahal bagi setiap penampilannya.-KLICK.MY