Semasa Sensasi Terkini

Sang Bedal Kampung Sungai Semilang Akhirnya Ditangkap

Besar sungguh buaya yang berjaya ditangkap oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang bersama APM di sungai Kampung Sungai Semilang, Kuala Juru baru-baru ini.

Khabarnya buaya yang berukuran 10 kaki panjang itu telah diburu selama 10 tahun. Kalau sudah sebesar ini, sekali dia ‘ngap’ kerbau pun senang-senang sahaja dia korbankan.

Setelah berjaya ditangkap, buaya tersebut diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Dipercayai buaya itu datang dari sungai berhampiran dan naik ke tebing di situ untuk mencari makanan. Nasib baik buaya ini belum pernah menyerang atau membaham manusia lagi.

Menurut salah seorang penduduk di situ, mereka sering terserempak dengan haiwan ganas berkenaan dan cuba menangkapnya sejak 10 tahun lepas tetapi tidak pernah berjaya.

Namun, kini ia berjaya ditangkap dan mendatangkan kelegaan kepada penduduk kampung.-KLICK.MY

Sumber-hmetro.com.my

Tag