Hiburan Sensasi Terkini

Sam dan Syatilla Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Tahniah kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kerana baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka pada pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Syatilla dan ibu mertuanya, Khaty Fauziah di laman Instagram. Bayi lelaki yang masih belum diketahui namanya itu selamat dilahirkan di sebuah hospital swasta di Ampang.

 

Selain mereka, peminat-peminat juga turut berkongsi keterujaan dan ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

Nampak gayanya tahun 2017 ini merupakan musim artis menimang cahaya mata. Antara artis yang menerima cahaya mata pada tahun ini ialah Akim dan Stacy, Shamsul Yusof dan Puteri Farah, Adira Suhaimi dan Dato Red serta ramai lagi.KLICK.MY