Hiburan

Salah Faham, Eyka Farhana Nafi Ke Kelab Malam Ketika Ramadan

DEK kerana sekeping gambar yang dimuat naik oleh pelakon Eyka Farhana di Instagram miliknya, dia dituduh ke kelab malam pada bulan Ramadan.

Dia dikecam netizen gara-gara gambar tersebut. Menurut Eyka, apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham netizen terhadap gambar berkenaan.

Tambah Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 23, foto tersebut dirakam ketika menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Banteras.

“Saya tidak pergi kelab malam pada bulan Ramadan, saya tidak seteruk itu.

“Ia hanya penggambaran sebuah drama, ada babak berhibur di kelab malam. Namun pihak produksi pun tidak ke kelab malam sebenar, mereka hanya buat mock up set seperti dalam sebuah kelab sahaja,” jelasnya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Bagaimanapun menurut Eyka, salah faham itu berlaku mungkin kerana dia tidak meletakkan penjelasan pada kapsyen berkenaan membuatkan pengikut laman sosialnya tersalah anggap.

“Saya ada hastag nama watak dan drama tapi mungkin sebab saya tidak jelaskan di kapsyen membuatkan netizen salah tafsir,” ujarnya.

Nampak gayanya lain kali Eyka kena terangkan dengan lebih jelas agar netizen tidak salah faham.

Maklumlah, netizen ini pantang tengok sesuatu yang boleh dijadikan bahan kecaman, maka berdesuplah kata-kata kesat dilemparkan. –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.