Sensasi Terkini Viral

Salah Eja Panggilan Pocket Rocketman, Kerajaan Terengganu Dikecam!

Baru-baru ini pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang telah berjaya menggapai impiannya untuk bergelar juara dunia dalam acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia.

Kepulangannya disambut dengan meriah oleh peminat dan orang ramai. Kejayaan yang ditunggu-tunggu selama 10 tahun itu membawa nama Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai Pocket Rocketman ke persada yang lebih tinggi.

Semua orang turut berkongsi kegembiraan dan bangga dengan pelumba dari Terengganu itu.

Justeru, sebagai anak Terangganu, sudah pastinya kerajaan negeri tidak mahu ketinggalan menyambut dan menghargai kejayaannya.

Maka terpampanglah di papan billboard ucapan tahniah oleh kerajaan Terengganu susulan kejayaan tersebut.

Namun, apa yang dipersoalkan ialah kesalahan ejaan panggilan Pocket Rocketman apabila ia ditulis Rocket Pocketman.

Malah lebih memalukan, perkataan yang disalah eja itu mengandungi maksud berkaitan kemaluan lelaki. Selain itu, nama Azizulhasni Awang juga dieja salah dengan ejaan Azizul Hasni Awang.

Hal ini telah dibangkit dan dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook di laman sosial berkenaan. Rata-rata netizen mengecam kesalahan tersebut.

Ramai yang berpendapat hal tersebut berlaku kerana kerajaan negeri melakukannya secara tidak teratur dan mahu cepat sehingga terlepas pandang.-KLICK.MY

Sumber: Amazing.Nara