Gaya Hidup Makanan

Saintis Jepun Dapati Bahan Kimia Dalam Fries McD Boleh Rawat Botak

SUDAH biasa kita baca mengenai kandungan bahan kimia dan pengawet yang tinggi dan berbahaya dalam kentang goreng Mcdonald’s namun penemuan terbaru sekumpulan saintis Jepun ini agak mengejutkan.

Para saintis dari Jepun mendapati bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan kentang goreng di restoran makanan segera terkenal itu mampu merawat masalah botak dan menggalakkan pertumbuhan semula rambut.

Pasukan penyelidik sel stem dari Universiti Kebangsaan Yokohama (YNU) menggunakan kaedah mudah untuk menumbuhkan semula rambut seekor tikus dengan menggunakan dimethylpolysiloxane.

Bahan kimia itu adalah sejenis silikon yang dicampur pada kentang goreng McDonald’s bagi menghentikan minyak goreng daripada berbau.

Ujian awal menunjukkan bahawa kaedah itu mungkin akan berjaya apabila dipindahkan ke sel kulit manusia.

Menurut kajian yang dikeluarkan dalam jurnal Biomaterials pada Khamis lalu, penemuan itu muncul selepas saintis terbabit berjaya mengeluarkan ‘kuman folikel rambut’ (HFG) yang dihasilkan buat pertama kalinya melalui cara ini.

Image result for mcdonalds french fries

HFG adalah sel yang memacu perkembangan folikel dan dianggap sangat penting dalam penyelidikan tentang ‘kehilangan rambut’.

Dalam masa beberapa hari, Professor Junji Fukuda dari YNU dan rakan-rakannya melaporkan terdapat rambut hitam yang tumbuh di bahagian kentang yang telah dipindahkan ke atas tikus tersebut.

“Kaedah ini begitu sangat kuat dan meyakinkan. Kami harap ia boleh membantu meningkatkan terapi penumbuhan semula rambut manusia seperti masalah alopecia,” kata Fukuda.

Tidak disangka-sangka, walaupun pelbagai keburukan tentang kentang goreng itu didedahkan di internet namun ada juga kebaikan ditemui di dalam makanan segera itu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.