Gaya Hidup Terkini

Saintis Imun Bisa Ular Selepas Bahayakan Diri Dipatuk Beratus Kali

SEBUT sahaja ular, pasti ramai yang geli dan takut untuk mendekati reptilia berbisa tersebut. Bisa ular mampu membunuh manusia sekiranya tidak diberi rawatan segera.

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan kematian seorang anggota bomba yang juga pakar ular akibat dipatuk haiwan tersebut.

Berkaitan: Bomba Penjinak Ular Meninggal Dunia Akibat Bisa Ular Tedung

Namun berbeza pula sengan seorang saintis, Tim Friede apabila dia membahayakan dirinya membiarkan ular mematuk dirinya lebih 200 kali demi membantu mendapatkan vaksin sekaligus mampu menyelamatkan mangsa patukan.

Malah, akibat patukan itu dia kini menjadi imun terhadap bisa ular. Friede mendakwa hanya dia seorang di dunia ini yang bertahan dengan patukan ular berulang kali.

Lelaki berusia 39 tahun di dibawa ‘bertemu’ dengan Black Mamba, ular paling berbisa di dunia dan dengan hanya satu patukan mangsa akan kesakitan dan meninggal dunia dalam tempoh 15 minit.

Jelas Friede kepada Wizard Odd TV di kediaman di Du Lac, dia membenarkan ular Black Mamba menggigitnya tiga kali di jari dan sekali di lengan.

Friede dapat rasa racun haiwan itu meresapi tubuhnya.

Katanya, apabila digigit Black Mamba, mukanya seolah-olah mukanya seperti dihentak dengan tukul dan degupan jantung semakin laju.

Namun dia gembira kerana badannya sudah dipenuhi antibodi sepanjang dua dekad menjalani kajian mengenai bisa ular.

“Saya mengobankan diri untuk perkara ini hanya satu sebab, untuk menyelamatkan orang.

“Sebab saya menyuntik diri dengan bisa ular dan dipatuk kerana ada tujuannya sendiri, untuk mencipta anti-bisa kepada manusia.

“Selepas 17 tahun setengah, saya telah menggunakan tujuh jenis ular berbisa untuk menjadi imun.

“Black Mamba antara salah seekor yang bebisa di dunia dan anda akan mati dalam tempoh 20-30 minit jika terkena patukannya.

“Ia merupakan seekor ular yang menjijikan dan sangat yang agresif,” jelas Friede.

Bagaimana, adakah anda berani biarkan diri dipatuk oleh ular paling berbisa di dunia? Jawapannya pasti tidak! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.