Semasa

Sadis.. Bapa Campak Anak Ajar Berenang

Agak-agaklah kalau nak ajar anak berenang pun. Kau ingat anak ikan ke nak campak-campak dalam air dan terus boleh berenang!

Ada ke patut seorang bapa mencampakkan anaknya ke dalam air semata-mta mahu ajar anaknya berenang.

Kes ini telah dirakamkan di China (oh, tak hairanlah) apabila seorang bapa telah mengajar secara keterlaluan atau ekstrem anak yang baru berusia beberapa tahun untuk berenang.

Kanak-kanak malang itu telah dicampak oleh bapanya ke dalam sebuah tasik setelah bapanya berang kerana anaknya itu tidak mahu turun ke dalam air.

Jadi, si bapa yang tidak ada otak itu terus memaksa si anak dengan cara mencampakkannya ala-ala menebar jaring.

Korang bayangkanlah.. sudah pasti anak kecil itu terkapai-kapai di dalam air dan berusaha untuk bertahan agar tidak tenggelam!

Tidak dapat dipastikan pula sama ada kanak-kanak itu berjaya berenang atau tidak kerana klip video tersebut hanya berdurasi beberapa saat sahaja.

Apa yang pasti, tindakan lelaki berkenaan mencampakkan anaknya telah mengundang kemarahan netizen. -KLICK.MY