Sensasi Terkini Viral

Rupa-Rupanya Kalkulator iPhone Boleh Backspace

Sudah pasti ramai pengguna telefon bimbit jenama Apple, iPhone tidak mengetahui bahawa kalkulator dalam telefon berkenaan boleh menggunakan ‘backspace’ dan tidak perlu memadamkan keseluruhan nombor.

Biasanya pengguna yang menggunakan kalkulator dan andai tersalah taip nombor, maka perlu dipadamkan kesemuanya. Cara tersebut begitu menyusahkan dan membazir masa.

Namun, kini anda tidak perlu pening kepala atau rasa sakit hati kerana seorang pemuda berusia 19 tahun bernama Jazz Johnson berjaya menyelesaikan masalah tersebut.

Remaja ini berjaya membuka minda ramai pengguna internet dengan berkongsi cara sebenar untuk ‘backspace’ digit yang tersilap melalui laman sosial Reddit.

Mengikut ceritanya, dia juga merupakan salah seorang pengguna yang sering menghadapi masalah tersalah taip nombor sehingga mencampakkan telefon bimbitnya kerana geram.

Namun, secara tidak sengaja dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Menyedari bukan dia seorang sahaja yang menghadapi masalah berkenaan, dia pun memuat naik satu video singkat untuk dikongsikan.

Dalam video yang dimuat naik di Twitter miliknya, dia menunjukkan bagaimana untuk ‘backspace’ ketika menggunakan kalkulator iPhone.

Perkongsiannya itu mendapat respon positif netizen. Ada yang sudah tahu dan ada juga belum mengetahui dan mahu mencubanya.

Sebab itu orang kata, untuk pakar mengendalikan telefon bimbit, kita kena sentiasa bermain atau berani menerokai aplikasi yang ada di dalamnya.-KLICK.MY