Hiburan Sensasi Terkini

Rumah Tangga Berantakan Bukan Kerana Orang Ketiga – Ziana Zain

BUKAN mudah untuk penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain mengulas tentang isu rumah tangganya dengan Armin Zaharin Ahmad yang sudah berantakan.

Berkaitan: Selepas 20 Tahun Bersama, Ziana Zain Failkan Penceraian

Bagi Ziana, hal rumah tangga yang dibina selama 20 tahun itu biarlah disimpan kemas agar tidak menggores hati atau mengaibkan mana-mana pihak.

 “Biarlah kami sahaja yang tahu. Cuma saya akui, sudah lama memendam rasa dan Alhamdulillah, saya serta anak-anak boleh menghela nafas lega sekali gus berpeluang menikmati rasa bahagia.

“Ahli keluarga dia (suami) adalah keluarga saya juga. Jadi tidak baik untuk saya buka pekung sendiri,” jelasnya, seperti dilaporkan Utusan online.

Kemelut rumah tangga yang dihadapi Ziana sekarang ini telah mendatangkan pelbagai spekulasi daripada orang ramai.

Ada pihak membuat spekulasi rumah tangga mereka retak gara-gara kehadiran orang ketiga. Namun, Ziana menafikan dan memberitahu apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.

Ziana turut mengakui sejak bebas daripada tahanan polis, Armin langsung tidak menghubunginya atau anak-anak.

“Firman Allah dalam al-Quran, kun fa ya kun, maka jadilah. Siapa saya sebagai hamba-Nya untuk mengelak setiap takdir yang telah ditentukan ke atas saya.

“Dia Maha Kuasa. Saya terima semua ini sebagai satu ujian. Mungkin ada hikmahnya,” ujar Ziana sebak.

Semoga kemelut yang dilalui oleh penyanyi kesayangan ramai ini dapat diselesaikan segera. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen