Hiburan Sensasi Viral

Rumah Mewah Milik BCL & Ashraf Sinclair Buat Netizen Takjub

Bunga Cinta Lestari (BCL) membuat netizen kagum apabila dia memuat naik video yang memperlihatkan rumah mewahnya di akaun sosial medianya.

Melalui repost di Instagram gosip @tante_rempongg, isteri kepada Ashraf Sinclair itu merakam sebuah video yang menampilkan beberapa sudut rumahnya.

Namun, rumah mewah berkenaan masih dalam proses pembinaan. “Can’t Wait” tulis BCL dalam kapsyen video berkenaan.

Mula-mula, BCL merakam kolam renang di dalam rumah barunya itu dari tingkat atas. Kemudian dia mengalih fokus kameranya ke arah beberapa ruangan lain.

Dalam rakaman tersebut kelihatan rumahnya bertemakan warna krim dan hitam. Kelihatan juga banyak pintu mahu pun tingkap kaca dengan bingkai berwarna hitam.

Perkarangan rumahnya pula dikelilingi oleh rimbunan pepohon hijau, mendamaikan pemandangan.

Video ini menarik perhatian netizen. Ada yang takjub dengan rumah mewah tersebut, ada juga yang mengkritik rekaan rumah tersebut seperti hotel kerana berbentuk empat segi.

Gede banget ini rumah BCL ????

A post shared by Tante Rempong Ciin (@tante_rempongg) on

Tak kurang juga yang tidak hairan kerana mereka tahu BCL memang layak memiliki rumah semewah itu memandangkan dia anak orang kaya dan juga antara artis Indonesia yang berjaya. Sementelah suaminya juga mempunyai hotel dan duta untuk beberapa produk. –KLICK.MY

Sumber: Wow Keren